Aku berasa bersyukur dengan ujian yang aku hadapi kerana tidaklah terlalu berat berbanding dengan orang lain . Walaupun ujian itu sering kali mematahkan semangat aku untuk menjadi para para ilmuwan namun aku teguh berdiri untuk melaksanakan amanah dari pelbagai pihak . Aku mengaku sebagai manusia yang memang di azalikan mampu membuat perkara positif dan negatif , kadang kala aku tersungkur dalam melakukan pilihan . Pilihan yang salah akan memakan diri namun itu merupakan salah satu cara untuk aku bangun dan berlari mengejar perkara kebaikan di dunia .
Hidup ini diumpamakan , diibaratkan seperti permainan terkenal roller coaster . Bagaimana untuk sampai ke puncak yang tertinggi ? Roller Coaster akan jatuh kebawah dan mengunakan kuasa kelajuan untuk berada di puncak . Sama seperti kehidupan untuk berada di puncak kita harus cuba dan mencuba dengan semangat untuk mengkayuh roda untuk naik ke atas.
Ujian , terima kasih kerana mengajar aku erti dewasa .
No comments:
Post a Comment