Monday, 4 April 2016

Kejayaan

       Hari ini aku hendak menceritakan tentang dia . Dia merupakan sesuatu yang aku ingin aku peroleh , sesuatu yang sukar di dapati , sesuatu yang sangat aku impikan . Setiap hari hari aku berdoa untuk mendapatkannya , tetapi aku sedar usaha aku haruslah setimpal untuk mendapatkannya . Oh tuhan , kerana terlalu sukar untuk aku mendapatkannya mendekatinya pun satu kesusahan .

      Dalam perjalanan aku mengejarnya aku sering tewas dengan nafsu sendiri , aku malas aku penat untuk mengejarnya , aku sendiri yang menjauhkan aku dengan dia . Aku mahukan hasil yang cepat sedangkan aku tahu semua ini memerlukan kesabaran , ketekunan dan masa , ya masa . Masa  telah disumpah oleh sang pencipta . Sesiapa yang membuang masa nescaya dia akan merugikan .

      Sayangnya semua itu telah terlambat , aku terlalu kerdil dan naif untuk membaca permainan dunia ini . Aku ketinggalan . Jauh ketinggalan dan yang memeritkan jauh dengan dia . Aku berharap aku diberi kesempatan untuk berjuang untuk mendekatkan diri dengan dia , Aku berharap sangat .

No comments:

Post a Comment