Mona lisa merupakan hasil karya pada zaman renaissance yang mengambil masa kira kira 17 tahun untuk di siapkan . Potret yang sangat terkenal itu telah diihlamkan oleh Leonardo da Vinci atas permintaan suami "mona lisa" seorang pedagang sutera . Potret tersebut menjadi sangat popular setelah kehilangannya selama 2 tahun , pihak berkuasa gigih menjalankan usaha mengesan kembali potret itu . Suspek berjaya di tangkap dan potret itu menjadi bahan ujikaji setelah para karyawan terpesona dengan senyuman potret itu .
Leonardo da Vinci merupakan seorang yang sangat bermotivasi dalam sesuatu bidang . Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang lukisan tetapi juga pakar dalam bidang kejuteraan , botani , reka cipta dan lain-lain . Malahan lukisannya potret mona lisa mengikut skala geometri yang berasaskan skala emas . Di setiap sudut lukisan mona lisa mengikut ukuran geometri yang menjadi misteri di sebalik lukisan itu .
Bagi mereka yang mempelajari ilmu lukisan pada zaman itu , teknik geometri ini merupakan teknik yang belum sempurna di aplikasikan dalam sesebuah lukisan . Leonardo Da vinci berjaya mengaplikasikan teknik ini di dalam mona lisa . Namun begitu lukisan ini seolah olah tidak lengkap sama ada di sengajakan atau tidak di sengajakan , antara bukti kenyataan tersebut kehilangan kening mona lisa menjadi tanda tanya seluruh dunia ,
"Art is never finished , Only abandoned" , Leonardo Da vinci
No comments:
Post a Comment