Monday, 4 April 2016

Kelapa Sawit

          Malaysia merupakan salah satu mengimport utama kepada pengeluaran kelapa sawit di dunia . Kerajaan Malaysia sibuk mempromosikan tanaman komoditi ini untuk menjamin kesejahteraan ekonomi negara kita . Minyak Kelapa sawit banyak digunakan untuk sektor lelemak di dunia dengan harga yang sangat jauh berbeda dengan minyak utama lain seperti minyak sawi , minyak dari kacang soya dan minyak dari jagung . Hal ini demikian kerana tanaman kelapa sawit yang tahan lasak dan boleh digunapakai dalam satu tempoh yang lama berbanding tanaman pengeluar minyak yang lain

        Namun begitu tidak semua suka akan kejayaan negara yang bernama Malaysia ini . Minyak kelapa sawit di Malaysia menerima pelbagai tentangan antarabangsa yang tidak masuk akal . Antaranya ialah pihak eropah menyatakan tanaman kelapa sawit memusnahkan habitat semula jadi orang hutan di Malaysia . Funny dan fana sungguh keyataan dari pihak sana , sedangkan kita semua tahu Malaysia terkenal dengan kepadatan hutan khatulistiwa dan bagaimana kenyataan mengarut ini boleh dibangkitkan . Saya sendiri salah seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia tidak pernah kisah dengan haiwan haiwan di Ukm ini bahkan menganggapnya sebagai sesuatu keunikan.

     Selain itu kelapa sawit juga di katakan tidak berkhasiat dan mampu meningkatan kadar penyakit jantung dan obesiti . Untuk pengetahuan anda semua para penyelidik di Malaysia telah membuktikan bahawa kenyataan tersebut silap malahan mampu untuk membuktikan kelapa sawit sebagai salah satu tanaman yang bagus dan memberi manfaat kepada kehidupan manusia di muka bumi ini .

No comments:

Post a Comment