harini tanak cakap banyak sebab kerja dah melambak . haih hal ini harus dielakkan kalau tak dihilangkan bila ada muda macam kau ini akan bangun bangkit melawan anasir anasir luar . Kerja ditangguhkan memang tak akan menjadi . Kenapa kita menjadi kadang kala seperti situasi di atas? Mulut tidak lekang dari sumpah serana . Hal ini demikian kerana apabila kita menanguhkan kerja nescaya perkara tersebut akan menenggelamkan kita untuk menikmati hari yang indah .
Jadi bagaimanakah cara yang sesuai untuk mengelakkan perkara tertangguh ini . Pertama kita haruslah sentiasa faham konsep masa senggang ini . Bagi saya pelajar universiti masa senggang saya ialah ketika kelas di habiskan awal . Oleh itu saya akan cuba mengelakkan cabaran dengan cara paling mudah iaitu dengan tidak balik bilik . Alhamdulillah perkara itu berjaya mengimbangkan kehidupan saya sebagai seorang pelajar dan manusia .
Saya dapat menjalani kehidupan yang panjang dengan gumbiranya . Oleh itu tips mudah jaga masa senggang anda dan akan siap segalanya
No comments:
Post a Comment