Pasrah ini merupakan suatu perkara negatif yang tidak harus berlaku berpanjangan pada diri sesorang . Lebih baik anda menjadi mereka yang tidak pernah lemah semangat dan berusaha, kan itu lebih menarik . Jika kita dapat memutarbelitkan persepsi kita daripada pasrah kepada fahaman tawakal itu merupakan sesuatu yang lebih baik kerana pasrah ini cenderung kepada ketidakstabilan emosi dan mampu untuk menyebabkan berlakunya fenomena stress dan tension .
Tawakal pula merupakan satu opysen daripada pasrah , tawakal bermaksud menyerahkan semua kepada pencipta . Dengan itu kita akan memilih untuk tidak kecewa dan cuba sebaik mungkin untuk terus maju dan mencipta keperibadian yang mulia . Konsep tawakal juga menyebabkan kita untuk memahami bahawa setiap cubaan bukan satu kegagalan tetapi lebih kepada membuka ruang kepada kejayaan yang lebih besar.
No comments:
Post a Comment