Monday, 7 March 2016

Keseimbangan mental dan fizikal menjamin kehidupan fantastik


Assalamuaikum dan salam sejahtera , harini ini saya ingin menceritakan post yang agak skema sedikit . Kenapa pentingnya mental dan fizikal dalamkehidupan ? Pasti acap kali kalian mendengar tentang “badan cergas minda cerdas “. Pepatah ini membicarakan tentang kepentingan fizikal dalam kehidupan kita . Berdasarkan pengalaman saya sendiri , saya telah membahagikan hari untuk bersenam dan berehat .Apabila di lakukan hari hari hingga dijadikan rutin saya dapat menpelajari sesuatu iaitu pada hari saya bersenam saya lebih fokus untuk mentelaah ilmu pada malam harinya , berbeza dengan apabila saya berehat badan saya seakan lemah dan tidak bermaya atau Bahasa pasarnya lemau.

Kemantapan mental dapat diadaptasikan  dengan mengulangkaji  berulang  kali . Dengan mengulangnya berkali-kali kita akan lebih faham dan cekap untuk memahami subjek tersebut . Selain itu dengan perasaan ingin tahu yang kuat akan menyebabkan seseorang itu akan mencari ilmu tambahan untuk lebih memahami subjek tersebut . Dengan cara tersebut kemantapan mental pasti dan yakin akan dikecapi


Okay itu sahaja tips dan ilmu yang saya dapat kongsi kongsi mari bicara kongsi pendapat dan juga idea masuk kongsi tiada keluar biar kita kongsi kamu duduk diam hihi . Assalamuaikum gerak lu pape roger assalamuaikum.

No comments:

Post a Comment