Tuesday, 29 March 2016

Motivasi

" You have to fight through the bad days in order to earn the best days "

Mungkin ia agak cliche bila orang bercakap mengenai motivasi, yes itu tidak boleh dinafikan tapi untuk aku sebagai seorang anak, pelajar dan manusia aku perlukan motivasi dan mungkin sedikit dorongan. Aku sebagai manusia kadang mungkin tersasar dan quote di atas actually bagi impak yang besar kepada diri aku .

Belajar itu memang melelahkan, namun lebih lelah nanti jika saat ini tidak belajar . Aku cuba untuk mengekalkan momentum aku belajar di sini dan perbaiki cara aku belajar . Alhamdulillah aku dikelilingi keluarga dan kawan kawan yang supportive yang sentiasa ada saat aku jatuh bangun . Kesilapan yang telah aku lakukan actually is a proof that i'm trying to be a good person .

Push myself to the limit, because no one else yang boleh lakukan selain diri aku sendiri . So ambil peluang yang ada dan jangan sesekali pandang ke belakang . The past should be the past . Kita tidak perlu jadi lebih baik daripada orang lain, tapi cukuplah menjadi lebih baik daripada apa yang kita fikir kita boleh lakukan .

Monday, 28 March 2016

Lemau

        Minggu ke 5 merupakan minggu yang paling susah untuk ditangani . Dengan penglibatan aku dalam program kolej serba sedikit melemahkan semangat jitu anak muda aku untuk menuntut ilmu . Aku tidak menafikan kesalahan diri sendiri menyebabkan aku menjadi lemau . Kegagalan aku mentadbir waktu dengan baik menyebabkan aku gagal unutk menangani minngu ke 5

      Selepas ini aku berjanji untuk menjadi lebih baik , lebih kompentatif dan lebih maju dalam semua bidang yang aku pilih . Perasaan lemau ini tidak bagus Ya tidak sesekali bagus . Oleh sebab lemau ini yang menyebabkan aku kurang berjaya pada minggu ke 5 .

     Aku harus menarik diri supaya selari dengan objektif dan misi aku . Selagi semua itu tidak selari aku pasti tidak dapat kehidupan yang aman tenang . Mak pasti marah ayah pasti kecewa kawan kawan pasti tidak yakin dengan keupayaan aku sebagai seorang pelajar yang berwawasan

   Aku berharap aku masih beringinan untuk berjaya untuk terus maju kan diri dalam hidup jadi guys pls doakan aku mempunyai semangat untuk hidup :'(

Maaf

Maaf merupakan perkataan yang sangat mahal bagi mereka yang bernama manusia . Walaupun perkataan maaf itu hanya dua suku kata , empat huruf namun sukar didengari oleh oleh para pesalah yang tidak mahu merendahkan ego sendiri .

              Namun begitu manfaat meminta maaf ini sangat tinggi . Dengan hanya meminta maaf sahaja mampu untuk meredakan perasaan marah walaupun marah itu setinggi gunung berapi . Kita akan lebih mempelajari sesuatu dengan meminta maaf dan juga dapat mengembalikan hubungan yang keruh . 

            Selain itu , meminta maaf juga akan menyebabkan diri kita lebih disegani kerana kita mengaku diri kita sebagai manusia sama seperti manusia lain yang berbuat dosa . Apabila kita meminta maaf akan ada suatu aura positif yang lahir untuk menjadikan diri kita lebih tenang, tenteram dan aman .

         Oleh itu,Saya ingin meminta maaf . Saya merasa kesal dengan ketidak hadiran saya pada kuliah lepas dan saya berharap para rakan seperjuangan , ibu bapa saya dan Tentunya tenaga pengajar boleh menerima kemaafan saya .


          

Wednesday, 16 March 2016

Pasrah -.-

The word "PASRAH" sangat sinonim dengan kehidupan seharian kita setelah mencuba sehabis baik sesangat baik namun hasilnya tidak di ketahui . Sebagai contoh jika anda seorang  pemuda yang cuba untuk membaiki diri anda untuk menjadi pemuda yang berwawasan dan dipandang tinggi namun begitu anda mempunyai sejarah silam yang sangat memilukan . Jadi dengan usaha anda untuk menjadi pemuda yang baik anda akan pasrah dan akur untuk menerima pandangan orang terhadap anda .

Pasrah ini merupakan suatu perkara negatif yang tidak harus berlaku berpanjangan pada diri sesorang . Lebih baik anda menjadi mereka yang tidak pernah lemah semangat dan berusaha, kan itu lebih menarik . Jika kita dapat memutarbelitkan persepsi kita daripada pasrah kepada fahaman tawakal itu merupakan sesuatu yang lebih baik kerana pasrah ini cenderung kepada ketidakstabilan emosi dan mampu untuk menyebabkan berlakunya fenomena stress dan tension .

Tawakal pula merupakan satu opysen daripada pasrah , tawakal bermaksud menyerahkan semua kepada pencipta . Dengan itu kita akan memilih untuk tidak kecewa dan cuba sebaik mungkin untuk terus maju dan mencipta keperibadian yang mulia . Konsep tawakal juga menyebabkan kita untuk memahami bahawa setiap cubaan bukan satu kegagalan tetapi lebih kepada membuka ruang kepada kejayaan yang lebih besar. 

Sunday, 13 March 2016

Unstoppable

Keinginan sesuatu yang tiada batasan , bagi aku sendiri keinginan aku melampau dari kemampuan aku . Ramai yang beringinkan isteri yang cantik , harta yang melimpah ruah dan macam-macam keinginan manusia ini . Kita tak mampu memiliki kesemuannya . Adakah dengan kebatasan kemampuan melemahkan semangat kita . Hell No! Perasaan lemah itu memang sifat manusia , tetapi kita diberi seumur hidup untuk kerja apa yang kita impikan . 

Aku ingin menjadi seorang yang tidak lemah semangat dan Alhamdulillah aku masih meneruskan kehidupan ini berusaha dan "terus berusaha mengejar-gejar dia , matahari menyinari semua perasaan cinta tapi mengapa hanya aku yang di marahi" - Lagu tema Shin chan versi indonesia . Dari petikan lirik tersebut walaupun halangan yang menimpa seperti memakan sayur hari-hari euw aku tetap akan harungi . 

Tiada siapa mampu halang kemampuan kita , hanya diri sendiri yang harus coba dan terus mencoba untuk mengapainya . Apabila mereka memandang rendah kepada kita itulah sesuatu yang harus dibuktikan . Manusia tidak menilai dari usaha Manusia hanya menilai dari hasil . Jika usaha mu tidak menampakkan hasil bermaksud usaha mu tidak mencukupi . Sama-sama lah berdoa untuk terus mencoba kerana aku rela mencoba dari gagal tanpa usaha 

Wednesday, 9 March 2016

Lesu pipit

Lesu ea kenapa kita lesu . Untuk menyelesaikan masalah kelesuan ini kita perlu mengetahui punca kepada maslahat ini . Pada pendapat aku sendiri kelesuan ini berlaku apabila kita melakukan rutin yang sama hari-hari .Selain itu , kelesuan ini juga mungkin di sebabkan oleh kurangnya tidur . Masalah kurang tidur memang ayah kepada semua masalah di dunia ini .

Okay setelah dapat mengesan punca kepada kelesuan ini , aku telah membaca beberapa bahan ilmiah untuk menyelesaikan masalah kelesuan ini . Antara yang menarik perhatian aku ialah kelesuan ini hanya dapat dielakkan jika kita mempunyai misi visi objektif kerangka kerja dan proforma untuk mencuba sesuatu yang baru untuk menambah ilmu mahupun bakat . Dengan menambah sesuatu yang baru dalam rutin kita mampu mengelakkan kita dari lesu dan dapat mencipta pelbagai advantage yang lain.

Lesu juga berpunca apabila kita di dalam situasi memikirkan masalah . Masalah ini sememangnya satu dari rutin juga . Kita sedang di uji adakah kita lemah untuk menyerah kalah . Pastinya lah tidak .
Menyerah kalah bukan pilihan , biarpun mati jangan pernah menyerah kalah . Bangkit lah semua lawan kelesuan bangkit pilihan di tangan kita dan aku senantiasa memilih untuk gembira <3

Monday, 7 March 2016

Keseimbangan mental dan fizikal menjamin kehidupan fantastik


Assalamuaikum dan salam sejahtera , harini ini saya ingin menceritakan post yang agak skema sedikit . Kenapa pentingnya mental dan fizikal dalamkehidupan ? Pasti acap kali kalian mendengar tentang “badan cergas minda cerdas “. Pepatah ini membicarakan tentang kepentingan fizikal dalam kehidupan kita . Berdasarkan pengalaman saya sendiri , saya telah membahagikan hari untuk bersenam dan berehat .Apabila di lakukan hari hari hingga dijadikan rutin saya dapat menpelajari sesuatu iaitu pada hari saya bersenam saya lebih fokus untuk mentelaah ilmu pada malam harinya , berbeza dengan apabila saya berehat badan saya seakan lemah dan tidak bermaya atau Bahasa pasarnya lemau.

Kemantapan mental dapat diadaptasikan  dengan mengulangkaji  berulang  kali . Dengan mengulangnya berkali-kali kita akan lebih faham dan cekap untuk memahami subjek tersebut . Selain itu dengan perasaan ingin tahu yang kuat akan menyebabkan seseorang itu akan mencari ilmu tambahan untuk lebih memahami subjek tersebut . Dengan cara tersebut kemantapan mental pasti dan yakin akan dikecapi


Okay itu sahaja tips dan ilmu yang saya dapat kongsi kongsi mari bicara kongsi pendapat dan juga idea masuk kongsi tiada keluar biar kita kongsi kamu duduk diam hihi . Assalamuaikum gerak lu pape roger assalamuaikum.

Wednesday, 2 March 2016

Aku Wa

      Assalamuaikum dan salam sejahtera , aku ingin mengucapkan terima kasih sebab sudi singgah di blog yang tak seberapa ini . Tujuan aku menulis blog ini adalah untuk menjadi satu platform untuk menceritakan sedikit ilmu yang aku peroleh.

     Tajuk untuk post pertama  ini ialah "Aku Wa"  Kenapa Aku Wa , sebelum itu aku kenalkan dri aku nama aku ialah Akwa . krik krik . Aku seorang yang bercita-cita sangat tertinggi , ketinggian cita-cita aku luar dari kotak kecil pemikiran manusia biasa . Aku bercita-cita ingin mengubah nasib diri . Walaupun nampak tampak seperti cita-cita adikadik tapi itulah matlamat yang aku pegang. 
   
   Aku juga pemegang ajaran fahaman Lao Tzu yang menceritakan tentang kesimbangan fizikal dan mental untuk menjadi manusia yang baik di muka bumi ini . Ajaran ini sebenarnya selari dengan ajaran islam . Dengan menggunakan konsep menerima takdir yang ditentukan ajaran ini mengajar kita untuk kekal gembira dan menyenangkan orang lain . Antara kata kata hikmah dari Lao Tzu sendiri ialah 

"Jika anda merasa risau , anda sedang hidup di masa hadapan"
"Jika anda merasa menyesal , anda sedang hidup di masa silam"
"jika anda merasa tenang, anda sedang hidup di masa sekarang"

 Untuk mengekalkan ketenangan itu kita haruslah melakukan rutin seharian dengan mengambil kira 
fizikal dan mental . Aku mengekalkan ketenangan diri dengan bersenam dan mencari ilmu . Apabila rutin ini di lakukan ketenangan pasti dicapai .