Tuesday, 17 May 2016

Peluang

 Hai , harini saya ingin mengucap ribuan terima kasih kerana masih memberi saya peluang untuk membetulkan kesilapan saya sebagai anak , rakan mahupun anak murid . Peluang itu diberikan dengan seikhlasnya oleh anda anda sekalian namun saya sendiri yang terlalu naif dan gagal menggunakan peluang itu . saya akui kesilapan saya dalam perjalanan menuntut ilmu . Saya sangat meminta maaf ke atas kenaifan itu . Saya masih mengharapkan untuk para para anda berdoa untuk kejayaan saya . Saya akan cuba sehabis mungkin kali ini , tiada yang mematahkan semangat saya kali ini . Tiada lagi tiada lagi . Saya merasakan kemanisan . Kemanisan yang tak pernah di rasa dan saya pasti kemanisan  ini tak akan ada penamatnya .  Saya mengucapkan terima kasih kerana berpeluang membaca artikel ni  :) xx

#SelamatHariGuru
#Alfatihah_Cikgu _Munirah #MrsmAG

Monday, 16 May 2016

Benda yang tiada di dalam system


Harini Tak buat apa sangat pun , pishang juga lah tetapi ini bila pishang ni bermaksud kita berfikir tentang sesuatu , apakah dia ? Aku fikir pasal jodoh . Jodoh ke bodoh ke hodoh , Ketiga tiga itu saling berkaitan . Contohnya Ali berfikir tentang jodoh tetapi dia juga bodoh kerana ali mana ada duit ke atas kehodohannya , okay  itu contoh yang tak baik . Okay bagi contoh yang baik pulak , Ali ingin berjodoh tapi dia tak bodoh sebab dia tahu dia hodoh jadi dia kumpul duit untuk melawan kehodohannya . Semua dunia ini memerlukan duit bro Kat dunia ini bercinta atas 3 perkara je tu je jangan lupa . Kalau memang kau di tetapkan kahwin dengan dia itu jodoh bukan bodoh mahupun hodoh , Tetapi jika kau bercinta bagai nak rak dubdabdudabdub bagai tetapi  cakap pun dia pandang kau macam dinding itu bodoh . Okay last sekali , hodoh . Semua orang kat dunia takde pun yang hodoh . Tetapi perkataan hodoh ini layak digunakan bila kau belanja awek awek semua. Awek ni tak saying kau pun dia dekat dengan kau Cuma sebab duit je so kau hodoh jelah ea .

So persoalannya macam mana kalau ketiga tiga kes ini digabungkan ? Jodoh bodoh dan hodoh…….



Credit to Ted Ex

Sunday, 15 May 2016

Gajah dan radja

Seluruh kota merupakan tempat bermain yang asyik ,
Sang gajah terkena flu ,
Pelik tiada henti hentinya ,
Sang beruang tidur ,
dan tak ada yang berani ganggu dia ,
oh senangnya ,
aku senang sekali

Kalau begini aku pun jadi sibuk,
berusaha mengejar gejar dia ,
Matahari menyinari,
Semua perasaan cinta ,
Tapi mengapa hanya aku yang dimarahi ,
Di musim panas merupakan tempat bermain yang asyik ,
Berlari ke hutan lalu teriak ku ,
Melihat ke sarang labah labah ,
Mengapa tidak sahaja pecahkan gelasnya biar ramai,
Biar mengadu sampai gaduh ,

Kenapa jam di dinding terus berdetak ah,
Kaki cuba terus berjalan ah ,
Tapi mengapa tak ku lepaskan kerana mu, mu
Jadi diri ku ,
Menimpa hingga jantung ini terasa akan terhenti ,

Semua yang ada ada pada dirimu membuat aku aku ku jatuh cinta
Cmon baby say you love me say say say you love me
eh termasuk lagu lak hewhew pishang okay bye

putus

Putus , seatakat ini perkataan ini yang paling menyedihkan pastinya lah keputusan . Aku mengaku lah keputusan yang aku terima seringkali tidak mengikut skala yang di tetapkan tetapi aku juga tahu faktor faktor itu semua kenapa . Kalau kerja tak ikhlas pasti membuat semua perkara tidak menjadi . Sebagai contoh aku cuba untuk memahami perasaan orang lain . Tapi too much kau annoying dan perangai itu menyebabkan kau tak comel . So aku memang tak ikhlas pun haha k over itu hanya contoh okay . keputusan ea lari topik pulak , malas nak komen pasal topik ini , Sebab benda paling sedih memang keputusan bukan putus benda lain . Haa tapi kalau terputus bekalan harian pun fed up gak ah . Tapi tak lah seteruk keputusan . Eh orang cakap keputusan kan bukan putus . Nak sebok apa dia lagi hekeleh , tak chill la . Apa memang lah putus dengan orang sedih tapi aku dah decide keputusan juga benda paling sodih okay enough. Saja je nak gaduh haih , jangan kacau orang lah hekeleh . putus itu kes adik adik je . Kita kuat kot cmon #2ez4me #gg #lelakiKacax #tall #dark #and #nonSmoker . hm tengok dah teringat dia balik huwaaaaaaaaaa

Bilik 418

  Hari ini aku mendengar sebuah lagenda di suatu bilik yang bernombor 418 . Kenapa dengan bilik ini , apakah yang terjadi ? Cerita ini di ceritakan oleh seorang rakan baik aku tentang lagenda 418 . Pada suatu hari seorang manusia yang sunyi sepi telah memutuskan untuk menamatkan segala ketidak tenteramnya di bilik itu , Setiap detik yang di paranoidnya hanya akan membawa padah kepada dirinya , Pengalaman di pukul oleh beberapa orang kerana dia cuba untuk mengikut bisikan halus suara itu "pergi kau pergi!", jeritan itu acap kali didengar oleh jiran jiran tetangga disitu , pergi ngapain sih enaknya kan dia tinggal sendirian sembang jiran jirannya . Dia sudah tidak tahan lagi masanya telah harus tiba . Sejak dtinggalkan oleh kekasihnya dia seolah olah hilang arah . Sedangkan hanya satu jawapan sahaja yang menjawab tentang itu . Dia tahu mana perginya kekasihnya itu . Kenapa jiwanya tidak tenteram . Di bilik ini lah menjadi saksi tentang kehilangan Anna Sofiah seorang wanita yang di pandang tinggi oleh sebab sifatnya yang ayu dan lembut menjadi kegilaan ramai lelaki . Haih dah cukup 100 patah perkataan belum . lol

banjir

 Minggu ini aku tidak pulang ke rumah lagi , sedih pilu kerana ibu dan ayah sibuk menanyakan khabar , waduh sih gi mana baru 2 minggu tak balik mak dan ayah dah rindu , aku ego yang tinggi mana boleh rindu huhu . Teringat suasana di rumah semuanya lengkap dengan kawan kawan yang sedang bercuti ini , pasti ini peluang yang baik untuk pulang dan menunjukkan care kepada para kehidupan di sana . Namun , aku terlibat dalam misi bantuan banjir di Bangi lama

     Aku tidur terlalu awal sehinggakan pada pagi itu tidak merasakan kelipan mata langsung yang menganggu fokus ku . Kaki kanan aku harini kerana diberi peluang menumpang untuk ke destinasi seterusnya panggung seni , dubdabdubdabdubdab waktu tiba aku sudah sampai di destinasi bencana alam itu . Keadaannya seperti biasa tiada yang berbeda dengan kawasan seperti ini . Namun seterlah berjalan hampir berberapa masa aku di beritahu bahawa ketika bencana tersebut paras air adalah di tahap dada . Amboi! setelah di selidik rupanya banjir tersebut telah berlalu hampir seminggu .

   Jadi dengan menggunakan hanya sejam setengah kawasan itu dengan mudahnya berjaya di bersihkan . #2ez4me

carut

Carut mencarut pencarut merupakan 3 perkara yang seharusnya di elakkan untuk mengekalkan kesejahteraan dunia . Semua sila ambil perhatian , carut merupakan sesuatu perkataan yang tidak baik yang dilontarkan dari seorang manusia untuk mengambarkan perasaan yang tidak stabil dan tidak tenang .

    Mencarut merupakan perbuatan seorang manusia yang mengeluarkan kata caci mahu pun maki dengan niat sengaja atau tidak sengaja . Dengan mencarut sahaja kadang kala boleh membawa kepada pengtelingkahan antara dua pihak Contoh jika si polan menggunakan perkataan mencarut kepada sikong . Sebagai contoh "Amboi , pandai anak awak mencarut", kata si polan kepada sikong dengan nada manja . Krik krik krik . Oleh itu mencarut merupakan perkara yang tak bagus kepada anak anak bangsa .

   Pencarut juga harus di hapuskan di dunia ini , sebagai contoh jika anda mengaku diri anda sebagai seorang pencarut . Adakah anda terus ingin terjerumus ke dalam bidang itu , pastinya tidak . Seburuk buruk manusia yang berakal logik pun pasti mahukan perkara positif ke dalam dirinya . Jadi jika anda menganggap diri anda seorang pencarut seharusnya anda cuma sedikit sebanyak untuk menghentikan tabiat ini . #!%$#&%(*^$^(*%^$

Wednesday, 4 May 2016

inspirasi

    Inspirasi bermaksud sesuatu perkara yang mendetikkan kita untuk melakukan perkara yang sinonimmnya kebaikan . Apa perbezaan antara perkataan inspirasi dan idola ? Perkataan inspirasi ini terlalu tinggi untuk digunapakaikan kerana mereka yang benar benar takjub dan mengikut jejak langkah si penginspirasi sahaja akan menggunakan perkataan ini.

   Jadi kenapa Inspirasi , bagi mereka yang gemar mencari kata kata hikmah pasti acap kali mendengar nasihat ini  "if you're good at something , never do it for free", kata kata ini telah diucapkan oleh Heath Ledger yang berlakon sebagai The joker dalam filem terkenal Batman . Kata hikmah ini telah menarik ramai manusia untuk mencuba melakukan bidang yang dicintainya . Perkaatan ini telah menjadi inspirasi untuk sesetengah manusia seperti saya .

lol....